Selasa, 11 Oktober 2011

Saya Dan Maggi Udang

Pernah rasa mee segera berperisa udang? Brand Maggi? Sedap tak? Hurmmmm sampai menjilat sudu!

Tapi kan,sekarang mee berperisa Udang dari Maggi tak pernah kelihatan lagi. Apa dah jadi? Mungkin sama fear factornya dengan pengalaman saya sewaktu tinggal kat asrama. Kira kira pada tahun 1992.... Wow! Dekat 20 tahun yang lalu! Hurmmmmm... bila jer terimbas kenangan ne, rasa rindu plak ngan kawan kawan yang menuntut bersama dan tinggal satu bumbung dengan mereka.

Kalau tinggal kat asrama tu, tak boleh nak dipisahkan dengan makanan segera. Almaklum, bila dah malam, mana ada kantin yang bukak. Nak tak nak, kena masak benda benda yang segera. Contohnya; maggi.

Nama pun hidup kat hostel, mana boleh dipisahkan dengan mee segera. Macam bedak dengan gincu. Macam irama dengan senikata. Macam Malam dengan lampu! Sama lah jugak macam monitor dengan CPU. Hah, dah melalut dah...

Berbalik cerita saya pada tahun 1992 (ala2 nostalgia)....
Saya tinggal satu bilik dengan kawan baik saya. Memang satu kepala! Tapi tak lah sampai macam kembar siam bercantum kepala tuh! Hobi sama, gila pun sama (nasib baik tak di hantar kat Rumah Sakit Mental.

Bila habis sembahyang Isya' (hah, jangan tak tau, kite pun ahli surau). Kami akan mentelaah mata pelajaran di dalam bilik sendiri. (Malas nak  pergi sekolah. Jauh). Kalau dalam bilik, macam macam benda boleh buat. Boleh seterika baju, susun buku untuk jadual besok, buat minuman apa lagi buat makanan. Sambil belajar dapat gak isi perut.


Pada sebelah petang itu, kami dua sahabat terlelap (almaklum waktu hujan, sedap layan mata) hingga dewan makan pun kami berdua tak jejak. Bila ter miss waktu makan tu, memang perut berpesta sakan. Macam macam MP3 boleh dengar.

Selepas solat Isya' kami berdua pun masak apa apa yang patut bagi mengalas perut.

"Kau nak makan apa? Semalam kan dah makan maggi kau. Malam ne kan giliran maggi aku pulak. Nak makan apa?" . Lebih kurang macam tu lah dialog saya.
"Kau ada maggi apa? Semalam kan dah makan indo mie... malam ne kita makan yang berkuah lah pulak"
"Aku ada maggi kari, udang dan laksa asam. Yang mana?"
"Hah, maggi udang. Lama tak merasa..."
"Itu cadangan yang baik. Nak masak berapa bungkus?"
"Memandangkan kita tak makan petang tadi, apa kata kau masak 5bungkus. Perut aku dah berkeroncong ne"
"Satu cadangan yang baik" tanpa membuang waktu, saya pun memasak maggi tersebut.

Kalau masak maggi menggunakan dapur biasa mungkin mengambil masa selama 2 minit manakala kes saya pula terpaksa mengambil masa 5minit. Almaklum masak dalam kontena. Masukkan maggi yang hendak dimakan dan tuangkan air panas ke dalam kontena dan tutup rapat rapat. Selang 5 minit, maggi pastinya masak.

Bila dah masak, apa lagi, bukak jer penutup kontena berkepul kepul asap keluar gulung gemulung. Bau tak payah nak cakap. Memang menggoda gilerrrr. Aroma maggi udang pun menerawang memenuhi setiap inchi bilik. Maggi dah masak tinggal untuk dijamah....

Tok Tok Tok Tok
Pintu bilik diketuk seseorang.
Saya dan teman sebilik bertukar pandang.
Sudu dan garfu disimpan di bawah tilam. Kontena pulak ditutup kembali lalu disembunyikan di bawah katil. Biar tak nampak dek mata pada hal biar tak dimintak dek member!
Bila satu pergi ada lagi yang datang. Pokok pangkalnya pengunjung  bilik kami pada malam itu tak putus putus. Ada yang bertanyakan solusi mata pelajaran, ada yang gossip gossip dan tak kurang jugak sesi 'Curhat'. Sebagai teman yang prihatin saya dan teman sebilik pun melayan 'tamu tamu' kami yang datang sebaik mungkin.

Dari Jam 8 malam beranjak ke tengah malam asyik berbual dan melayan karenah teman teman hingga terlupa hajat nan satu. Pada saat mata ingin terpejam tiba tiba mata saya terpandang sesuatu....

Alamak!! Maggi aku!!!

Saya pun segera bangun dan memberi tahu Sang Teman yang sebilik.

"Ha'ah, aku pun terlupa" jawabnya pendek.

Dengan tidak membuang masa, kunci pintu dulu, itu yang utama agar tiada gangguan di saat saat terakhir sebegini.

Saat penutup kontena dibuka, maggi dah pun kembang setaman. Sejuk. Dan tidak menggamit nafsu untuk menikmati.

Sekali lagi kami berpandangan.
"Bedal aje lah" saran Sang Teman. "Dah lewat dah. Rezeki jangan dibuang".
Dengan berat hati, mulut pun dibuka dan rezeki itu pun disuakan.

"Sedap!!" itulah kalimat yang melompat dari mulut saat mee segera menerjah ke perut.
Kami pun terus menikmati. Tapi hanya separuh. Sisa yang separuh lagi kami tambahkan dengan sos cili maggi. Biar tambah selera untuk menghabiskannya.
'Sayang. Membazir' cuma kalimat itu tenggelam di dasar hati. Mee yang dah kembang nampak sedikit pucat pada awalnya kini bertukar warna. Seakan berwarna pink.

Tinggal suku lagi nak dihabiskan.Perut dah penuh. Nak dibuang rasa sayang pulak. Mata bertembung buat kali ketiga. Pertanyaan cuma terjadi dalam otak masing masing.
Seperti dapat membaca idea motor. "Macamana?" serentak soalan bergema.

Hanya tinggal beberapa sudu jer lagi untuk menghabiskan riwayat mee segera tiba tiba....
Teman saya tekup mulut. Macam ada sesuatu yang ditahan tahan. Bukak pintu pun macam tak ada tombol. Kelam kabut. Saya yang kehairanan terkasima.

Sedar tak sedar saya membuntuti sahabat saya hingga ke kamar mandi. Di atas sinki putih itulah sahabat saya meluahkan isi perutnya. Dalam pada kasihan itu saya cuba melegakan sahabat saya dengan menggosok belakangnya.

Entah kenapa saat mata terpandangkan luahan isi terbuang Sang Teman saya pun merasa loya. Tanpa dipinta, mee segera berperisa udang berlumba lumba keluar menyusuri tekak saya. Rasa masam. Bau hamis. Warna yang pucat bercampur kemerah merahan. Eeeeeeeeieeeeeeewwwwwww!
Sungguh menyeksakan!

Akhirnya saya dan teman sebilik muntah bertali arus. Bila saya dah berhenti, teman saya sambung muntah. Bila dia berhenti saya pulak yang termuntah. Adoiiiiii!!! Seksanya tekak.

Pengajaran yang boleh dikutip disini adalah jangan terlalu kedekut. Orang yang tamak selalu untung. Dapat muntah secara percuma. Uwekkk uwekkk uwekkk.

Bila di imbas kembali kenangan itu sungguh mahal harganya kerana ianya tak dijual.   =)       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan