Isnin, 12 Disember 2011

Aku Dan Terap



Tersebutlah satu kisah dahulu. Waktu budak budak.
Kenangan ne memang x dapat dipisahkan dari ingatan.

Ceritanyer bermula d asrama (hostel). Almaklum, tinggal kat asrama tu kena berdikari.
Setiap Ahad, kite balik kat asrama dengan stok2 makanan untuk seminggu. Mcm2 benda nak dbawa.

Bila tiba musim buah, hah, ne yg best! Mcm2 buah boleh jumpa dalam bilik kite. Almaklum teman2 pun bawak beraneka buah.

Nak dijadikan cerita, Suatu petang tu, adalah teman kite bawak buah Terap ke dalam bilik kite. So, kite pun kumpul ramai2 ngan member yg lain nak merasa Buah Terap beramai ramai.

Tapi yg hairannyer, sorang2 pon x tau nak bukak buah terap tu macam mana? Al maklum, kalau nak makan buah, biasanyer mak bapak yg kasi bukak. Bila sendiri nak buat, masing masing x tau!

"Ntah2 bukak mcm bukak durian kut?" usulan dari salah seorang temanku. Yg satu lagi bergegas mencari pisau. Tak sabar nak merasa manisnyer Terap.

Dgn bangganyer, teman yg satu itu pon membenamkan pisau ke dada Terap. (Nak bukak ala2 durian style)

"Woiiii lain kali kalau nak bukak mcm ne" Tiba2 ada seorang teman yg baru datang membuat demonstrasi menggunakan tangan jer.

Terkejut kingkong bila melihat Sang Teman membuka Terap hanya menggunakan tangan!

Di sanalah kite perolehi pelajaran melalui pengalaman. Kalau x, sampai sekarang mungkin bukak Terap menggunakan Pisau!

Kenangan yg dikongsi bersama teman memang manis semanis menikmati Buah Terap.

Sungguh! Saat terpandangkan Buah Terap, peristiwa ingin membuka Terap menggunakan Pisau secara automatik akan menjelma.

Tak kenal maka x cinta....
Pengalaman mengajar erti kedewasaan...

Isnin, 17 Oktober 2011

Sedetik Bersama Ahadiat Akashah

Setelah sekian lama merancang akhirnya sampai jugak bertemu secara 'in person' ngan seorg yg amat saya kagumi...
Ahadiat Akashah! Yes, satu nama atau brand buku @ novel yg tak boleh kite lepaskan utk memiliki...

28/01/2011 - setelah temui banyak ragam manusia waktu nak berangkat dari sg wang ke gombak akhirnya, hajat kite dkabulkan. Alhamdulillah. Dalam hati punya serabut bila tempat yg asing, ambik waktu, hanya berseorangan diam tak diam akhirnya sampai jugak ke teratak penulis yg saya impikan nak bertemu sekian lama.

Rumah indah atas bukit terlalu unik pada pandangan kite..dan pertemuan pun bermula...
Dari 'kacamata' kite ~ Ahadiat Akashah seorg yg komitment! (waktu kite sampai, beliau sibuk nak siapkan skrip). Soft spoken, polite, ramah dan friendly.

Macam mimpi! Sempat borak2 ngan beliau! Yes! Satu kenangan yg berharga.. sambil ditemani 'orang rumah' beliau menjadikan trip ke sana memang berbaloi..mereka memang 'welcoming people'...suka tengok this couple...sweet  =)

Good news ~ Novel 'Untuk Tiga Hari' akan diangkat ke layar perak tidak lama lagi. Cerita ni memang best tambahan filem ini bakal diarahkan oleh seorang pengarah yang kite kagumi - Aflin Shauki..  Mesti best kan?

Terbaru ~ Novel 'Valentine pergi dan datang lagi' akan menemui anda sedikit waktu lagi ( Insya Allah)
To Bro Ahadiat Akashah & Sis Norhayati:  Terima kasih atas layanan anda. Insya Allah, panjang umur, ada rezeki, kita jumpa lagi ya..

Salam,
KJWMHZ

Selasa, 11 Oktober 2011

Saya Dan Maggi Udang

Pernah rasa mee segera berperisa udang? Brand Maggi? Sedap tak? Hurmmmm sampai menjilat sudu!

Tapi kan,sekarang mee berperisa Udang dari Maggi tak pernah kelihatan lagi. Apa dah jadi? Mungkin sama fear factornya dengan pengalaman saya sewaktu tinggal kat asrama. Kira kira pada tahun 1992.... Wow! Dekat 20 tahun yang lalu! Hurmmmmm... bila jer terimbas kenangan ne, rasa rindu plak ngan kawan kawan yang menuntut bersama dan tinggal satu bumbung dengan mereka.

Kalau tinggal kat asrama tu, tak boleh nak dipisahkan dengan makanan segera. Almaklum, bila dah malam, mana ada kantin yang bukak. Nak tak nak, kena masak benda benda yang segera. Contohnya; maggi.

Nama pun hidup kat hostel, mana boleh dipisahkan dengan mee segera. Macam bedak dengan gincu. Macam irama dengan senikata. Macam Malam dengan lampu! Sama lah jugak macam monitor dengan CPU. Hah, dah melalut dah...

Berbalik cerita saya pada tahun 1992 (ala2 nostalgia)....
Saya tinggal satu bilik dengan kawan baik saya. Memang satu kepala! Tapi tak lah sampai macam kembar siam bercantum kepala tuh! Hobi sama, gila pun sama (nasib baik tak di hantar kat Rumah Sakit Mental.

Bila habis sembahyang Isya' (hah, jangan tak tau, kite pun ahli surau). Kami akan mentelaah mata pelajaran di dalam bilik sendiri. (Malas nak  pergi sekolah. Jauh). Kalau dalam bilik, macam macam benda boleh buat. Boleh seterika baju, susun buku untuk jadual besok, buat minuman apa lagi buat makanan. Sambil belajar dapat gak isi perut.


Pada sebelah petang itu, kami dua sahabat terlelap (almaklum waktu hujan, sedap layan mata) hingga dewan makan pun kami berdua tak jejak. Bila ter miss waktu makan tu, memang perut berpesta sakan. Macam macam MP3 boleh dengar.

Selepas solat Isya' kami berdua pun masak apa apa yang patut bagi mengalas perut.

"Kau nak makan apa? Semalam kan dah makan maggi kau. Malam ne kan giliran maggi aku pulak. Nak makan apa?" . Lebih kurang macam tu lah dialog saya.
"Kau ada maggi apa? Semalam kan dah makan indo mie... malam ne kita makan yang berkuah lah pulak"
"Aku ada maggi kari, udang dan laksa asam. Yang mana?"
"Hah, maggi udang. Lama tak merasa..."
"Itu cadangan yang baik. Nak masak berapa bungkus?"
"Memandangkan kita tak makan petang tadi, apa kata kau masak 5bungkus. Perut aku dah berkeroncong ne"
"Satu cadangan yang baik" tanpa membuang waktu, saya pun memasak maggi tersebut.

Kalau masak maggi menggunakan dapur biasa mungkin mengambil masa selama 2 minit manakala kes saya pula terpaksa mengambil masa 5minit. Almaklum masak dalam kontena. Masukkan maggi yang hendak dimakan dan tuangkan air panas ke dalam kontena dan tutup rapat rapat. Selang 5 minit, maggi pastinya masak.

Bila dah masak, apa lagi, bukak jer penutup kontena berkepul kepul asap keluar gulung gemulung. Bau tak payah nak cakap. Memang menggoda gilerrrr. Aroma maggi udang pun menerawang memenuhi setiap inchi bilik. Maggi dah masak tinggal untuk dijamah....

Tok Tok Tok Tok
Pintu bilik diketuk seseorang.
Saya dan teman sebilik bertukar pandang.
Sudu dan garfu disimpan di bawah tilam. Kontena pulak ditutup kembali lalu disembunyikan di bawah katil. Biar tak nampak dek mata pada hal biar tak dimintak dek member!
Bila satu pergi ada lagi yang datang. Pokok pangkalnya pengunjung  bilik kami pada malam itu tak putus putus. Ada yang bertanyakan solusi mata pelajaran, ada yang gossip gossip dan tak kurang jugak sesi 'Curhat'. Sebagai teman yang prihatin saya dan teman sebilik pun melayan 'tamu tamu' kami yang datang sebaik mungkin.

Dari Jam 8 malam beranjak ke tengah malam asyik berbual dan melayan karenah teman teman hingga terlupa hajat nan satu. Pada saat mata ingin terpejam tiba tiba mata saya terpandang sesuatu....

Alamak!! Maggi aku!!!

Saya pun segera bangun dan memberi tahu Sang Teman yang sebilik.

"Ha'ah, aku pun terlupa" jawabnya pendek.

Dengan tidak membuang masa, kunci pintu dulu, itu yang utama agar tiada gangguan di saat saat terakhir sebegini.

Saat penutup kontena dibuka, maggi dah pun kembang setaman. Sejuk. Dan tidak menggamit nafsu untuk menikmati.

Sekali lagi kami berpandangan.
"Bedal aje lah" saran Sang Teman. "Dah lewat dah. Rezeki jangan dibuang".
Dengan berat hati, mulut pun dibuka dan rezeki itu pun disuakan.

"Sedap!!" itulah kalimat yang melompat dari mulut saat mee segera menerjah ke perut.
Kami pun terus menikmati. Tapi hanya separuh. Sisa yang separuh lagi kami tambahkan dengan sos cili maggi. Biar tambah selera untuk menghabiskannya.
'Sayang. Membazir' cuma kalimat itu tenggelam di dasar hati. Mee yang dah kembang nampak sedikit pucat pada awalnya kini bertukar warna. Seakan berwarna pink.

Tinggal suku lagi nak dihabiskan.Perut dah penuh. Nak dibuang rasa sayang pulak. Mata bertembung buat kali ketiga. Pertanyaan cuma terjadi dalam otak masing masing.
Seperti dapat membaca idea motor. "Macamana?" serentak soalan bergema.

Hanya tinggal beberapa sudu jer lagi untuk menghabiskan riwayat mee segera tiba tiba....
Teman saya tekup mulut. Macam ada sesuatu yang ditahan tahan. Bukak pintu pun macam tak ada tombol. Kelam kabut. Saya yang kehairanan terkasima.

Sedar tak sedar saya membuntuti sahabat saya hingga ke kamar mandi. Di atas sinki putih itulah sahabat saya meluahkan isi perutnya. Dalam pada kasihan itu saya cuba melegakan sahabat saya dengan menggosok belakangnya.

Entah kenapa saat mata terpandangkan luahan isi terbuang Sang Teman saya pun merasa loya. Tanpa dipinta, mee segera berperisa udang berlumba lumba keluar menyusuri tekak saya. Rasa masam. Bau hamis. Warna yang pucat bercampur kemerah merahan. Eeeeeeeeieeeeeeewwwwwww!
Sungguh menyeksakan!

Akhirnya saya dan teman sebilik muntah bertali arus. Bila saya dah berhenti, teman saya sambung muntah. Bila dia berhenti saya pulak yang termuntah. Adoiiiiii!!! Seksanya tekak.

Pengajaran yang boleh dikutip disini adalah jangan terlalu kedekut. Orang yang tamak selalu untung. Dapat muntah secara percuma. Uwekkk uwekkk uwekkk.

Bila di imbas kembali kenangan itu sungguh mahal harganya kerana ianya tak dijual.   =)       

Rabu, 5 Oktober 2011

What is your lunch??

Cerita ne terjadi waktu kite dalam tingkatan 6.
Seperti biasa lah, kalau dah tingkatan 6 tu, ada2 jer program yang sekolah kendalikan.
Kempen sana sini. Denda pun macam macam yang dapat. Hehehehehehe

Berkisah tentang kempen bahasa. Ada Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan juga Bahasa Inggeris yang perlu digunakan setiap saat untuk dijadikan bahasa komunikasi harian yang diselang selikan sepanjang minggu. Sesiapa yang tidak mematuhi akan dikenakan denda dengan menulis ayat sebanyak 500 kali atau membayar denda sebanyak BND1. Bayangkan... Nak tak nak, kena gunakan jugak dengan degupan jantung yang boleh didengar orang yang berdekatan.

Masih segar dalam ingatan waktu kempen Bahasa Inggeris.
Bermulalah episod haru dalam kelas kite....

Ada sekumpulan pelajar lelaki di dalam kelas kite yang selalu buat kacau tiba tiba senyap pada hari tu. Macam tak ada mulut. Kebetulan Miss Linda (Warga Singapura) pula ingin memulakan sesi pertuturan dengan mereka..

Debaran makin bertambah kencang tambahan lagi Bahasa Inggeris bukan Bahasa kesukaan.

Muka mereka tak payah nak cerita... Ada yang biru macam Smurf, almaklum kalau disuruh buat bising tak cukup mulut mereka berkicau tapi bila bab belajar...segan macam nak dipinang lagaknya.

Miss Linda pun bersuara "Hai boys..."
Seluruh pandangan tumpah pada mereka.
"Hi back" mamat yang ala2 ketua mereka membalas. Di hujung kata ada ekor tawanya. (malu mungkin jadi tatapan kelas).
"How are you today?" Sapa Miss Linda dengan senyuman yang mekar.
"I'm fine teacher" balas mamat tu lagi. Lantang.
"What is your lunch today?" Miss Linda tertarik dengan keberanian mamat tu bersemuka.
Mamat tu pula terpisat pisat nak membalas.
Nampak seperti mamat tu telan liur macam tertelan kapur.
Kepala yang tidak gatal mula digaru garu.
Otak ligat menyusun ayat. Faham aja lah, kalau bahasa Inggeris ne memang bebudak melayu liat menuturkan. Paling senang, yes, no, thank you, how are you? I'm fine dan yang sewaktu dengannya.

Tapi pertanyaan hari ini menguji otak untuk memberi jawapan.
"Arrr...arrr... just now, i eat nasi..."
"Rice?" Miss Linda membetulkan ayat. (Dah tugas guru kan...)
"Ya.. ya.. white rice.."
"Plain rice" ada pembetulan lagi.
"Ya ya.. plain rice..." sambung mamat tu.
"And...?" Guru itu ingin tahu apa makanan yang telah dinikmati oleh muridnya tadi.
"And..and..and..". Tergagap gagap jawapannya.
"And...?" Guru itu menanti penuh sabar dan senyum yang mula melebar saat mamat tu mula gelabah.
"And...chicken" sambung mamat tu lagi. Padahal makan tengah hari berlaukan daging. Mungkin mamat tu lupa perkataan 'beef' langsung digantikan dengan 'chicken'.
'Asal ada jawapan udah lah' (mungkin itu yang tergambar dalam hati mamat tu).
"Owh, chicken... Is it fried chicken?" soal guru itu selanjutnya.
"No! No.." tak cukup mulut, isyarat tangan pula digunakan.
"Then?..." senyum Miss Linda makin melebar menanti jawapan gabra dari mamat tu.
"Arr..arr...arr... chicken cook red (Ayam Masak Merah)"
Satu isi kelas dengan guru nya sekali serentak ketawa.


Adoiii, sungguh saat mengenangkan peristiwa itu senyum pasti terukir. Bukan nak pandang rendah tapi itulah pembelajaran yang boleh dikutip agar sentiasa mengamalkan ilmu yang telah kita pelajari dan jangan sesekali menipu...  =)

Selasa, 4 Oktober 2011

RYAN

Zara gelisah. Sekejap sekejap dia menjeling jam di tangannya. Sekejap sekejap dia mengintai jam di dinding. Ah! Lambatnya masa berjalan. Cubalah berlari ker, marathon ker barulah laju sedikit, rungutnya sendiri.
     Imah, asyik mencuri  dari tadi, mencuri pandang Zara. Zara sedar tapi sengaja dia malas report ke balai polis.
     ‘Ehem” Imah berdehem.
     Ehem, adalah yang hendak dicakapkannya tu, teka Zara. Tengok gerak giginya itu pun Zara dah tahu.
     ‘Zara, ngapa sejak kebelakangan ni aku tengok setiap kali masa nak balik, Kau bukan main tak sabar lagi. Nak kata boyfriend tunggu, tak jugak’ senget senget mulut Imah menghabiskan ayat.
     Zara tidak menjawab sebaliknya memberikan senyuman manis mengulum tak ubah macam senyum Ziana Zain masa nak mengorat Awie. Katalah apa saja Imah, bisik hati Zara. Di matanya sudah terbayang sepasang mata hijau milik Ryan…em, hari ini dia tidak akan lewat seperti semalam. Dia tak mahu Ryan merajuk lagi. Semalam waktu dia pulang Ryan membatu di sofa. Buat acuh tak acuh pada Zara tapi bila Zara menghampiri Ryan, perlahan mengucup pipinya dan mendakapnya erat, mata Ryan layu…,dan Zara tahu Ryan tidak merajuk lagi…
     Imah belum putus asa. Zara mengetap bibir.
     ‘Zara, jomlah. Cuma tiga hari’
     ‘Biar aku fikir dulu’ putus Zara lalu bangkit tanpa tujuan. Zara hampir hampir terlanggar Azhar yang sedang berdiri dekat mesin fotostat. Azhar senyum sambil menghembus asap rokoknya. Zara mengipas ngipas dengan tangannya menghalau asap. Kalau ya pun nak mati sangat,matilah seorang, rungut Zara.
     ‘Imah ajak ke langkawi yer?’ soal Azhar tiba tiba.
     ‘Hem’jawab Zara malas. Dalam hatinya tersangat hairan, kenapalah tiba tiba Imah ajak dia makan angin beberapa hari dan macam mana Azhar cepat sahaja tahu sedangkan dia bersetuju pun belum.
     ‘Abis?’
     ‘Belum tahu. Susah lah nak pegi lama lama’
     ‘Ngapa? Macamlah ada laki!’ selamba suara Azhar. Zara terdiam dan berlalu.
     Imah pasang telinga. Kalau telinganya boleh dicabut, mahu ditanggalkan saja supaya senang diletak berhampiran meja Zara. Dapatlah dia mendengar perbualan ditelefon Zara dengan terang dan nyata. Macam mana pun dia masih dapat menangkap perbualan tu walaupun Zara bersuara perlahan macam nak menyorokkan sesuatu. Siapa tak kenal Imah…telinganya telinga lintah. Kalau ada pertandingan telinga terbaik, Imah tahu mesti dia menang punya!

     ‘Ryan tu manja…’
     ‘…….’
     ‘Ha’ah! Nakal… Hik hik hik’
     ‘…….’
     ‘Hem, kadang kadang tak terlayan aku dibuatnya…’
     ‘…….’
     ‘Eh, mana boleh?’
     ‘…….’
     Cari lain?’
     ‘…….’
     ‘Ekekekekekke’
     ‘…….’
     ‘Okeylah. Bye!’
      Klik.
     Alamak! Dah letak telefon! Imah sedikit kesal. Kalau tidak tentu lebih banyak dia tahu pasal boyfriend baru Zara tu. Memang dia dah agak Zara pasang boyfriend baru. Namanya macam Mat Salleh… Ryan. Taste Zara memang tinggi. Patutlah ajakannya Cuma nak menguji Zara ditolak mentah mentah. Bukan dia tak sedar seminggu dua ni. Azhar rakan sepengumpatannya pun kata begitu. Malah kata Azhar, dari tilikan dan ramalannya, boyfriend Zara tu dah duduk sekali dengan Zara… Imah pun agak begitu. Tingkah laku Zara pun dah lain, mukanya pun dah lain, lenggangnya…Imah kurang pasti. Tapi Imah akan siasat.
     Lima minit ke pukul sembilan, telefon berdering. Zara di sofa mulanya membiarkan tapi akhirnya tidak dapat menahan deringan yang memekakkan telinga tu. Ryan di sebelah menjeling saja. Zara bangkit.
     ‘Hello’
     ‘Hello! Zara…’
     Eh! Ini suara Imah. Apa mimpinya telefon aku ni? Dah dua tahun kami sepejabat, jangan harap nak telefon aku, apalagi waktu di rumah. Musykil…
     Ryan tiba tiba mengganggu.
     ‘Ryan, don’t disturb me…just for a while…’pujuk Zara sambil menolak Ryan perlahan dan mesra.
     ‘Apa hal ni Imah?’
     Klik! Telefon telah diletak. Zara geram. Ikutkan hati, aku kerat kerat kau buat keropok lekor Imah! Sumpah Zara.
     Petang minggu. Zara di dapur mengacau segelas susu. Ryan termenung. Zara pandang Ryan. Siapa sangka aku akan dipertemukan dengan Ryan. Hem,aku pula perempuan. Tahu tahu sajalah, cepat kesian, simpati melimpah ruah. Sampai kadangkala berlebih lebih. Dan kerana naluri itu juga tanpa berfikir panjang atau bertanya sesiapa, Zara sanggup bawa Ryan pulang ke rumah pada malam hujan lebat yang dingin itu…Zara tak pernah bertanya peribadinya, dari mana dia datang, apa lagi asal usulnya kerana pada Zara itu semua tidak penting. Yang penting kasih Zara yang sudah tumpah pada Ryan.
     Tiba tiba pintu diketuk. Zara terperanjat nyamuk dibuatnya. Zara melangkah malas. Demi saja pintu terbuka,tersembul seraut wajah – Imah! Eh! Apa dia buat di sini? Sesatkah? Ini rumah akukah atau dia? Zara macam tak percaya.
     ‘Ma…Masuklah…’ Zara masih tidak percaya Imah datang bertandang ke rumahnya.
     Mata Imah melingas kiri kanan. Gayanya macam spy.
     ‘Duduklah’
     Tapi Imah tetap tegak. Kemudian bersuara.
     ‘Aku datang ni sebab ingat kau tu kawan aku’ Muka Imah serius. Langsung tak senyum. Sebijik macam muka penjahat dalam TV.
     ‘Straight to the point Imah…’
     ‘Kau jangan nak berlakon macam ni Zara. Kau tau tak apa yang kau buat ni berdosa besar?’
     ‘Ha, berdosa besar??’ Mata Zara tercegil macam mata lalat tercekik tulang.
     ‘Takkan kau tak tahu hukum!’ pintas Imah bersemangat. Memang mampus kau kali ni Zara. Beberapa episod intipan aku berjaya akhirnya. Memang sah dia dok sekali dengan jantan! Bisik Imah.
     ‘Apa namanya…Ryan?? Ha, kau tahu berkesedudukan tu hukumnya haram!’ sanggah Imah lagi.
     ‘Ooo…pasal tu ker? Laa, terima kasih banyak banyak la sebab dah ingatkan aku. Aku tak sangka aku ada teman baik macam kau. Tapi dah kebetulan sangat kau ada kat sini, tak manis pulak kalau aku tak introduce kat kau partner aku tu.’ Lembut suara Zara.
     Mata Imah memancar mancar. Nafasnya turun naik. Kejayaan sudah di tangannya. Esok, mesti dia dapat trophy..
     ‘Ryan! Come here’ Zara melaung. Ryan muncul dari dapur penuh gaya, gagah perkasa…
     ‘Imah, inilah Ryan yang aku jumpa di taxi stand dalam hujan lebat beberapa minggu lepas. Mulanya nak letak nama RAIN tapi tak nampak macam korea pun… Amacam?’
     Mata Imah terbelalak. Dia macam tak percaya melihat makhluk berbulu lebat perang bermata hijau itu berjalan ke arahnya dan menggesel- geselkan tubuhnya ke kaki Imah.
     ‘MEOWWW” sayup dan manja bunyinya. Misai jarangnya bergerak gerak. Imah berundur mencari pintu…